Monday, July 29, 2013

Stok Filem

Bulan Ramadhan ni kebiasaannya peti ais dipenuhi dengan barangan makanan. Kebetulan hari tu beli aiskrim mat kool. Melihatkan peti ais yang dah sarat maka cuba nak simpan dalam peti ais yg menempatkan filem. Terlintas difikiran untuk mencuci peti ais filem dan sambil tu memeriksa baki filem yang masih belum diproses dan digunakan lagi. Nampaknya masih banyak lagi dan kalau nak habiskan pun rasanya mahu dua tiga tahun. Fotografi filem tak sama dengan digital, SHOOT dan DELETE. Fotografi filem lebih memberi kepuasan mental dan mengajar erti kesabaran. Hari ini tak ramai generasi muda yang mengenali fotografi filem memandangkan kosnya yang tinggi serta banyak proses yang perlu dilalui.

Tuesday, June 11, 2013

Midori Traveller's Notebook



 Kita mungkin mengenali buku nota tiga lima berbanding buku nota Midori dari Jepun. Midori adalah pengeluar barangan alatulis primium . Buku nota Midori ini agak sukar untuk diperolehi di kedai  alatulis biasa. Ianya  barangan terhad yang dijual di Jepun. Kelebihan buku nota ini ianya boleh disuaipadan mengikut kretiviti seseorang. Saya mengenali buku ini semasa berada di Taiwan. Sungguhpun rekabentuknya dari jepun namun kulit buku ini dibuat di Thailand. Buku ini dijual dengan harga RM 150.00 keatas dan aksesorinya dijual berasingan. Mungkin ramai yang bertanya kenapa perlu membazirkan wang sebegitu banyak untuk  buku nota. Sekiranya anda minat menulis maka anda akan tahu jawapnnya. Saya mempunyai dua buah buku ini yang rasanya sudah lebih dari RM 800.00 dibelanjakan. Semestinya memiliki dan menggunakan buku nota ini memberi kepuasan yang berbeza. Kualiti kertas serta perubahan masa dan penggunaan menghasilkan rupa paras klasik kepada buku ini. Buku ini boleh anda perolehi di www.tabiyoshop.com .

Friday, May 17, 2013

Plastik




Filem?..ada ke orang pakai lagi...itulah persoalan yang akan ditanya. Kini ramai  sudah melupakan penggunaan kamera filem. Mungkin peminat kamera LOMO masih  taksub menggunakannya walaupun berbagai kesan khas mampu dilakukan melalui aplikasi instagram. Saya masih lagi merakam gambar menggunakan filem sebagai hobi. Apa yang ingin dikongsikan   bagaimana kita boleh menggunakan plastik sebagai pengganti kotak atau kelongsong filem.  Mungkin ramai yang tertanya kenapa nak gunakan plastik sedangkan kelongsong filem telah disediakan bersama filem. Rasionalnya...

1. Menjimatkan ruang beg kamera
2. Mudah ditulis sebarang nota di plastik
3. Jika filem yang telah dirakam adalah banyak maka mudah diketahui filem yang belum diproses.
4. Dapat membezakan filem yang telah dan belum digunakan. ( Kebiasaanya filem baru
    dalam kotak akan memakan ruang beg kamera ).

Selamat Mencuba.

.

Pena Kaligrafi






Hari tu singgah sekejap di MPH book store. Takala mata liar memerhati buku-buku telihat pena kaligrafi keluaran Hinkler. Tertarik melihatkan pen yang di datangkan set bersama kotak dan buku panduan. Lebih menakjubkan harganya cuma RM29.90 . Mungkin ramai yang tertanya apa sangkut paut pulak pen ni dengan dunia fotografi. Dunia fotografi sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan dunia penulisan. Cuba bayangkan kalau suratkhabar tiada dihiasi gambar. Tentu bosan semacam membaca jurnal mahkamah. Pen ini di datangkan dengan tiga mata bersaiz 1mm,1.5mm dan 2mm serta enam katrij dakwat berwarna hitam, merah dan hijau. Buku panduan cara penulisan juga disediakan. Saya pernah menggunakan pen ini semasa belajar di tingkatan enam dahulu. Sejak kemajuan teknologi komputer dan adanya media sosial seperti facebook dan blog menjadikan skill menulis semakin berkurangan. Inilah akibatnyya sentiasa bergantung kepada alam maya.Saya sebenarnya sudah lama tidak menggunakan talifon pintar untuk mencatat. Saya  lebih banyak menggunakan Midori Traveller Notebook untuk mencatat dan menguruskan masa . Insyallah di lain penulisan akan diterangkan apa itu Midori Traveller Notebook.

.

Thursday, May 16, 2013

Kamera & Saya


Kamera dan Saya.....Catatan visual oleh Nasir Roli . Catatan visual mengenai kehidupan dan falsafah serta pemikiran manusia sekeliling.
Salam Perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah sebentar. Blog ini adalah jurnal untuk saya menyampaikan pandangan dan idea. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya terdapat sesuatu pekara yang mungkin kurang menyenangkan dalam penulisan mahupun gambar-gambar yang dipamerkan. Blog ini hanya sekadar perkongsian maklumat sahaja.