Setiap tahun kaum hindu merayakan perayaan Thaipusam. Anehnya perayaan ini dianuti oleh kaum India di Malaysia. Perayaan yang sememangnya tiada di tanah tumpah kelahiran agama Hindu ini telah menarik minat rakyat India sendiri untuk datang ke Malaysia meraikannya. Thaipusam yang telahpun diistiharkan sebagai cuti umum seluruh Malaysia telah menjadikan perayaan ini tersenarai didalam kalendar perlancungan Malaysia.
Kehadiran Thaipusam sememangnya dinantikan oleh ramai fotografer amatur mahupun professional untuk mengasah bakat dan skill fotografi mereka. Ini ditambah lagi dengan era digital yang memudahkan sesiapa sahaja untuk memiliki kamera .
Saya masih ingat sepanjang berkecimpung di bidang fotografi , cuma dua kali saya pergi melakukan penggambaran Thaipusam. Pada masa itu sememangnya agar sukar melakukan penggambaran kerana kami menggunakan Slaid. Kini dengan adanya kemajuan teknologi digital agak mudah melakukan penggambaran kerana ISO boleh ditukar mengikut situasi penggambaran berbanding dahulu yang memerlukan pelbagai jenis Iso filem atau melakukan push up pada filem.
Apa yang ingin saya perkatakan disini bukanlah teknikal fotografi tetapi pandangan saya sebagai seorang muslim yang telah lama melihat dan memerhatikan kesan penggambaran fotografi oleh mereka yang beragama islam terhadap perayaan Thaipusam.
Perayaan Thaipusam ini adalah perayaan agama. Ianya sememangnya disambut oleh mereka yangberagama Hindu dan terang-terangan menolak agama kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah. Jika tidak salah didalam Quran telah dinyatakan bahawa mereka yang meraikan atau duduk didalam golongan yang menentang Allah maka mereka juga dianggap terlibat sama sekali dengan golongan itu. Saya pernah mendapatkan pandangan dari ulama dan ternyata bahawa menyertai pesta sebegini adalah haram. Mungkin ramai yang akan membangkang dan mengatakan bahawa ianya adalah sekadar hobi.
Cuba kita kaji semula....apakah kesan apabila kita mempamerkan dan meletakkan gambar yang kita ambil. Sudah tentu kita akan terlibat didalam mempromosikan agama mereka. Ini adalah kesan yang secara tidak langsung kita sedari.
Kedua...selalunya apabila kita berada disana sudah semestinya solat tidak dijaga.Kelihatan ramai yang mempostingkan gambar diwaktu magrib dan malam...jadi dimanakah mereka bersolat?...Bukankah tinggalkan solat itu tanda kekufuran kita pada Allah.
Fotografi ini adalah sesuatu yang hebat Allah berikan kepada umat manusia tetapi ianya adalah suatu yang menjadi kegemaran Syaitan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya apabila kita memegang kamera bukan cahaya sahaja yang perlu masuk untuk melengkapkan proses fotografi didalam kamera tetapi cahaya keimanan perlu dimasukkan juga agar kita tidak tertipu dengan kelalaian yang diwujudkan oleh syaitan. Lihatlah sesudah kita merakamkan gambar kita habiskan masa pula mengedit gambar yang kita rakamkan dan sibuk mempostingkan gambar kedalam website. Tidak semena mena kekufuran mereka ini mendapat publisiti yang akan membawa orang lain untuk turut serta didalam majlis mereka pada tahun hadapan. Apakah kita sanggup mendapat dosa mereka yang menyertainya ditahun hadapan?...
Fikirkanlah...adakah fotografi ini akan membawa kita mengenal Allah atau membawa kita jauh kepada Allah.
* Artikel ini adalah untuk mereka yang beragama Islam sahaja.