Wednesday, August 14, 2013

Water Level

                                                              Gambar 1 (Digital Water Level)
                                                                Gambar 2 (Manual Water Level)
                                         water level yang telah diletakkan pada hot shoe flash

Apa tu...ramai tertanya apakah water level. Water level adalah alatan yang digunakan untuk menentukan bahawa kamera berada dalam keadaan selari dan tidak serong ketika merakam menggunakan Tripod. Pada masa kini kamera digital professional kebanyakan telah dibina dengan water level digital ( Gambar 1). Kali ini saya ingin menceritakan water level manual untuk kegunaan kamera filem. Kebetulan saya telah singgah di kedai  alatan fotografi DIGICOLOR di jalan Ipoh. Kebiasaanya saya akan berada lama di kedai ini untuk meneliti barangan aksesori tambahan untuk kamera terutamanya kamera filem. Water Level yang saya beli ini adalah aksesori yang mudah dipasang di atas Hot Shoe Flash. Harganya cuma lima ringgit sahaja (gambar 2). Cara nak gunanya mudah saja. Kita hanya perlu tentukan buih air di dalam water level itu berada ditengah bulatan. Apabila buih air tersebut berada di tengan bulatan itu tandanya kamera berada dalam keadaan lurus dan rata. Water level  ini sering digunakan untuk fotografi pemandangan dan arkitektur. Sepekara lagi water level yang diletakkan pada Hot Shoe flash mampu melindunginya daripada bengkuk jika terjatuh.

.

Monday, August 12, 2013

Mudahkan

Ramai antara peminat fotografi yang mengunakan Dry Box untuk menyimpan kamera dan lensa. Adakala penyimpanan barangan dalam dry box agak menyukarkan terutama yang kerap menyimpan dan mengeluarkan kamera. Ini disebabkan Dry Box rata-rata adalah bewarna hitam dan kamera juga bewarna hitam. Bagi mengatasi masalah ini saya menggunakan Tray putih yang mudah di dapati di kedai serbaneka DAISO. Tray yang boleh dibeli dengan harga RM5 ini memudahkan saya meletakan kamera dan lensa yang sering diguna pakai. Maklumlah saya kerap merakam gambar menggunakan kamera filem voigtlander dan ianya senantiasa keluar masuk Dry Box. Penggunaan tray ini dapat memgasingkan peralatan yang sering digunakan dan tidak kerap pengunanya.. Tujuan penggunaan Dry Box adalah untuk mengelakkan terjadinya fungus pada kamera dan lensa. Suhu panas dan lembab menyebabkan pembiakan fungus dengan cepat. Faktor itulah saya jarang membiarkan kamera berada dalam beg kamera untuk tempoh lebih dari lima hari. Diharapkan tip ini dapat membantu.


Thursday, August 1, 2013

Orang Lama









Hahaha...sedar sedar dah berbelas tahun tak menyertai peraduan fotografi kerana kesibukan kerja. Semalam sempat lah juga hantar pertandingan fotografi Kenangan Abadi Tanah Suci sempena 50 tahun Tabung Haji. Pertandingan kerjasama Tabung Haji dan Harian Metro ini menawarkan tiga kategori gambar iaitu Memoir Silam Tanah Suci, Kenangan Tanah Suci dan Warna-warna Tanah Suci. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM 5,000 untuk tempat pertama diikuti tempat kedua dengan wang tunai RM 3,000 dan tempat ketiga RM1,000 serta wang tunai RM200 untuk 10 hadiah saguhati. Memandangkan saya pernah menunaikan umrah pada tahun 2008 maka mulalah operasi membongkar fail lama. Cari punya cari adalah dua tiga gambar yang boleh diketengahkan. Rasa malu pun ada nak masuk pertandingan ini , maklumlah gambar tangkap muat je.... Mendengarkan kata-kata rakan saya ..ala masuk je..yang hantar mesti tua tua punya..orang muda mana pergi umrah dan haji....Dalam hati betul juga...peluang nak menang tu ada lah. apa pun pengajaran di sini ialah walau di mana sekali pun kita berada jangan tinggalkan kamera dan simpanlah gambar tersebut di tempat yang mudah dicari. Almaklumlah zaman digital ni payah nak mengingati kat folder atau komputer mana kita simpan gambar . Oleh tu cetak dan buatlah indek gambar.