Tuesday, July 30, 2013

Apa Ada Dalam Beg

Sebagai fotographer sepenuh masa saya juga hidup seperti manusia lain yang punyai hobi dan minat tersendiri. Cuma minat saya selari dengan kerjaya saya. Hobi merakamkan gambar menggunakan filem membuatkan saya cukup prihatin dalam memilih peralatan untik dimuatkan kedalam beg. Tidak seperti peralatan kerja yang sarat dengan kamera digital dan lensa, peralatan kamera filem untuk hobi tidaklah sebesar dan seberat peralatan kerja. Beg lowepro Terraclime 100 yang merupakan beg dari bahan kitaran semula botol minuman mineral menjadi pilihan. Beg ini mampu memuatkan sebiji kamera,lensa dan aksesori. Mudahnya beg ini boleh dibasuh apabila kotor dan tidak menjejaskan warna serta struktur beg.

Monday, July 29, 2013

Stok Filem

Bulan Ramadhan ni kebiasaannya peti ais dipenuhi dengan barangan makanan. Kebetulan hari tu beli aiskrim mat kool. Melihatkan peti ais yang dah sarat maka cuba nak simpan dalam peti ais yg menempatkan filem. Terlintas difikiran untuk mencuci peti ais filem dan sambil tu memeriksa baki filem yang masih belum diproses dan digunakan lagi. Nampaknya masih banyak lagi dan kalau nak habiskan pun rasanya mahu dua tiga tahun. Fotografi filem tak sama dengan digital, SHOOT dan DELETE. Fotografi filem lebih memberi kepuasan mental dan mengajar erti kesabaran. Hari ini tak ramai generasi muda yang mengenali fotografi filem memandangkan kosnya yang tinggi serta banyak proses yang perlu dilalui.