Friday, May 17, 2013

Plastik




Filem?..ada ke orang pakai lagi...itulah persoalan yang akan ditanya. Kini ramai  sudah melupakan penggunaan kamera filem. Mungkin peminat kamera LOMO masih  taksub menggunakannya walaupun berbagai kesan khas mampu dilakukan melalui aplikasi instagram. Saya masih lagi merakam gambar menggunakan filem sebagai hobi. Apa yang ingin dikongsikan   bagaimana kita boleh menggunakan plastik sebagai pengganti kotak atau kelongsong filem.  Mungkin ramai yang tertanya kenapa nak gunakan plastik sedangkan kelongsong filem telah disediakan bersama filem. Rasionalnya...

1. Menjimatkan ruang beg kamera
2. Mudah ditulis sebarang nota di plastik
3. Jika filem yang telah dirakam adalah banyak maka mudah diketahui filem yang belum diproses.
4. Dapat membezakan filem yang telah dan belum digunakan. ( Kebiasaanya filem baru
    dalam kotak akan memakan ruang beg kamera ).

Selamat Mencuba.

.

Pena Kaligrafi






Hari tu singgah sekejap di MPH book store. Takala mata liar memerhati buku-buku telihat pena kaligrafi keluaran Hinkler. Tertarik melihatkan pen yang di datangkan set bersama kotak dan buku panduan. Lebih menakjubkan harganya cuma RM29.90 . Mungkin ramai yang tertanya apa sangkut paut pulak pen ni dengan dunia fotografi. Dunia fotografi sebenarnya tidak boleh dipisahkan dengan dunia penulisan. Cuba bayangkan kalau suratkhabar tiada dihiasi gambar. Tentu bosan semacam membaca jurnal mahkamah. Pen ini di datangkan dengan tiga mata bersaiz 1mm,1.5mm dan 2mm serta enam katrij dakwat berwarna hitam, merah dan hijau. Buku panduan cara penulisan juga disediakan. Saya pernah menggunakan pen ini semasa belajar di tingkatan enam dahulu. Sejak kemajuan teknologi komputer dan adanya media sosial seperti facebook dan blog menjadikan skill menulis semakin berkurangan. Inilah akibatnyya sentiasa bergantung kepada alam maya.Saya sebenarnya sudah lama tidak menggunakan talifon pintar untuk mencatat. Saya  lebih banyak menggunakan Midori Traveller Notebook untuk mencatat dan menguruskan masa . Insyallah di lain penulisan akan diterangkan apa itu Midori Traveller Notebook.

.

Thursday, May 16, 2013

Kamera & Saya


Kamera dan Saya.....Catatan visual oleh Nasir Roli . Catatan visual mengenai kehidupan dan falsafah serta pemikiran manusia sekeliling.
Salam Perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah sebentar. Blog ini adalah jurnal untuk saya menyampaikan pandangan dan idea. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya terdapat sesuatu pekara yang mungkin kurang menyenangkan dalam penulisan mahupun gambar-gambar yang dipamerkan. Blog ini hanya sekadar perkongsian maklumat sahaja.